Lovey Dovey ♥
Disclaimer

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Anneyong! Welcome to my blog! Saranghaeyo !


Footprint

!


Kamsahamnida

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Niesa
Re-Edited By: Effa Hazirah
Others:   



okay . Assalammualaikum . hurm..hari ini dila nak cerita pasal senaman . jeng jeng jeng >,<  , mesti ada yang tertanya kenapa nak cerita pasal senaman . Kalau nak tahu , dila dan family hari pergi jogging kat taman metropolitan kepong . First time pergi metropolitan . hehe . walaupu rumah dekat..


Pagi-pagi mak kejutkan kan kami bangun , semata-mata nak pergi jongging . Malasnya nak bangun , dengan terpaksa dila pun siap-siap laa . sudah setahun dila pergi sambung berlajar dan memang jarang gila jogging .
disebabkan lama sangat tak jog nie..kaki dan badan sakit-sakit . balik-balik terus tidur sebab kepenatan .
lagi-lagi dila pun semakin gemuk . hehehe . nak buat macam manakan . kalau makan tidur..itulah kerja dila .


okay , sebagai pengajaran . kita dalam kehidupan ini perlu buat senaman seminggu tiga kali . kalau bagi masyarakat kita yang tengah diet juga perlu lakukan senaman..jangan bergantung untuk tidak makan sahaja semata-mata untuk kurus . diet pun perlu seimbang . senaman dapat mencergaskan otak dan fizikal kita .
 jadi lakukan demi keihatan kita . okay senyum selalu =)


Empat komponen kecergasan fizikal

1. Ketahanan kardiovaskular:
• Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa
oksigen ke semua sel dalam badan.
• Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan
paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki,
lengan dan bahu.

2. Kecergasan otot melibatkan:
• Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama
15 minit.
• Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30
minit.

3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa
ketidakselesaan.

4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim
otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kebaikan Senaman:
• Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
• Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
• Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
• Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
• Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
• Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
• Mempertingkatkan kawalan glukos.
• Melambatkan osteoprosis.
• Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Program Sesi Senaman
• Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan.
2. Sesi Senaman Aerobik.
3. Sesi Menyejukkan Badan.

• Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu.
• Intensiti - mengikut kemampuan anda
1. Sesi Memanaskan Badan
• Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti
sebenar.
• Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
• Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :-
a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan
diakhiri dengan regangan.
2. Sesi Senaman Aerobik
• Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
• Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan
anda.
Kenalpasti tahap kemampuan anda
3.Sesi Menyejukkan Badan
• Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
• Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-
a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
b.Ulang semula sesi memanaskan badan .

Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman

1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia
hendaklah menyeronokkan.
3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda
mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu
kasar dan tersentak.
7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan
gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
8. Tetapkan jadual harian senaman anda.



hurmm..This sem break the best taste..yela . balik-balik dari holiday . dila terus berjalan..first day..berjalan-jalan dengan adik-adik sepupu . esoknya with my friends . haha . jalan-jalan 1 KuaLa Lumpur..hehehehe
penat gila-gila laa . sampai kaki , peha semuanya sakit-sakit .

tapi tetap best walaupun penat . hurm..now dila ada kat rumah sepupu dah 4 hari 3 malam tidur rumahnya  .
rasa puas lepak rumah sepupu nie . dapat tidur sepuas-puas . tak pikir nak buat kerja rumah .
kalau dekat rumah , ingat boleh relax the mind but kena FIKIRKAN rumah yang selalu bersepah .
errggghhh...kalau sekali sekala sepah tidak mengapa tapi EVERYDAY laaa . Kalau macam ini bertambah pening dilaaa . kemas jee..tak sampai beberapa minute..jeng jeng sepah teruk . hmmmmm..sebab itu dila lari rumah sepupu . kalau boleh cuti ini..dila enjoy-enjoy jeee . =) jangan tension-tension .



hahaha . my parents always call me suru pulang . suaranya sedih . cuti tak lama . next week ila dan adik sudah balik , kalau tak balik juga , mak tak benarkan keluar lagi . hehehe . 

mak mak mak . okay we come back home...petang nie . kak tim jemput . hurmm . hari ini last kat rumah sepupu . apa-apa pun rasa cuti ini asyik tidur memanjang . okay smile always =))



Hari ini dila ubah backgroud blog..
simple kang
ditolong oleh adik sepupu
EFFA Hazirah
hehe

thank adqku :)

Dila nak mula kehidupan baru dengan meluahkan segala dalam 
diari dila..
dulu dila suka tulis dalam buku diari
setiap buku diari dila ada kunci
tapi masalah sekarang kunci tuu da hilang
so..tak boleh buka laaa
hehehe

lagu pun sem 3 nie
dila nak keluar kan perangai tersembunyi
haha
perangai gila-gila..
jadi kalau nak ketahui kehidupan untuk sem nie
ikutilah perkembangannya
=)




Bertahun-tahun dila sahabat dengannya..tapi akhirnya dia memutuskan silaturrahim..
kalau itu yang dia nak..dila tak boleh nak menghalang..
sebab dila tak boleh ikut kemahuan yang dia nak ...
selama dila kawan dia, dia terlalu baik untuk dila time susah dan senang .

jika hatiku menyakitkan hatimu bukan niat aku untuk menyakitkanmu
bukan nak lukakan hatimu
aku mohon maaf..
="(

tapi dila nak awak tahu..awak sahabat dila paling dila sayang
awak je tak tahu..
tapi kalau awak hadir semula
dila terima awak sebab dila tak pernah buang awak dalam hidup dila
pemberian dari awak untuk dila
akan dila jadi kenangan yang terindah
sahabat dila..

nur HAzwani husna





                       بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Sebagai seorang muslim, kita haruslah menerima dengan hati yang yakin dan reda terhadap qada dan qadar Allah SWT tanpa ragu-ragu kerana percaya kepada qada dan qadar adalah rukun Iman yang ke 6. Jika seseorang tidak rela menerima qada dan qadar maka akan rosak imannya kepada Allah SWT.

Jadi segala yang berlaku didunia ini sudah ditetapkan . Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan qada dan qadar..
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan mesti ada sebabnya . ingatlah ALLAH itu maha besar..